Program Jungle Basic Survival for Kids Meriahkan Jiwacamp

Kuantan, 13 Mei 2023 – Satu program unik dan menarik, Jungle Basic Survival for Kids, telah berlangsung di Jiwacamp hari ini. Program ini dihadiri oleh anak-anak camper berumur antara 8 hingga 13 tahun, dengan tujuan untuk mengasingkan mereka dari gajet dan menghargai keindahan alam sekitar.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan baru kepada anak-anak mengenai asas kelangsungan hidup di dalam hutan. Program tersebut dikendalikan oleh Pak Tam, seorang bekas komando ATM yang kini bersara dan banyak terlibat dalam NGO dan SAR (Search And Rescue) sewaktu bencana.
Antara aktiviti yang dikongsi dengan anak-anak adalah cara menjejak laluan manusia di dalam hutan serta mengenalpasti tumbuhan yang boleh dimakan dan akar yang mengandungi air yang boleh diminum. Anak-anak teruja dan gembira mengalami suasana yang berbeza dari kehidupan biasa mereka.

Selain itu, mereka juga diajar asas ikatan dan kegunaannya, menjadikan mereka lebih berpengalaman dalam situasi luar di alam semula jadi. Program sebegini akan diteruskan setiap minggu atau apabila terdapat banyak camper berkhemah di Jiwacamp bersama keluarga mereka.

Pihak Jiwacamp turut berharap bahawa program seperti ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada anak-anak dan membantu mereka memahami kepentingan alam semula jadi. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Jiwacamp untuk menggalakkan hubungan yang lebih dekat dengan alam sekitar dan melibatkan anak-anak dalam aktiviti luar yang bermanfaat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jiwacamp dan aktiviti yang ditawarkan, sila layari laman web rasmi kami di www.jiwacamp.com.